.

Kisah Kita Berakhir Di Januari




Aku bukanlah pecinta terhebat di alam ini, bukanlah lelaki terbaik yang kau boleh dapatkan untuk dijadikan cinta hati engkau. Cumanya, yang aku pasti, bila aku bercinta akan aku berikan seluruh cinta dan rasa yang termampu untuk diberikan kepadanya, secukupnya dan kadangnya kelebihan rasa cinta. Bak kata Mariah Carey "I give my all..".


Bukan untuk mengatakan aku ini bagus mana. Mungkin dalam perhubungan yang dijalinkan, ada salahnya aku, aku pasti tentang itu. Sempurna sangatkah aku untuk menyalahkan keberantakan hubungan semuanya kerana pihak yang lagi satu, kan? Tidak tidak, don't get me wrong please. Aku cuba muhasabah diri dalam setiap apa yang berlaku.


Hmmm.


Kali ini, hubungan yang terakhir ini, jelasnya impaknya sangat besar untuk aku. Apa jenis patah, semuanya ada pada aku. Patah hati, patah seribu, patah jiwa. Pelik kan, orang yang kita ingat boleh gembirakan kita adalah orang yang meranapkan hati kita?


Twitter dia pernah menjadi bacaan surat khabar aku pada setiap pagi. Ucapan selamat pagi di BBM aku daripada dia pernah menjadi penentu emosi aku untuk hari itu. Facebook dia pernah menjadi tempat aku melepak bila ada kelapangan. Gambar-gambar dia pernah menjadi cermin yang harus aku tenung setiap hari. Hatinya pernah menjadi tempat aku mencuba singgah.


Betullah aku pernah dengar orang berkata, lebih baik cari orang yang menyanyangi kita lebih, daripada kita menyanyangi orang lebih kerana kita akan terluka kalau kita menyanyangi orang lebih. Bila dah sayang orang sangat dan kita rupanya bertepuk sebelah tangan, adalah salah satu sakit yang sangat berbisa sekali. Serius gua cakap.


Kalau kau pembaca tegar blog aku (ada ke?), korang akan perasan entri sebelum entri "Kisah Kita Berakhir Di Januari" ini adalah "Jatuh Terlalu Dalam" iaitu entri aku tentang kebahagiaan aku dengan adanya ida.  Baru entri lepas aku berkata tentang betapa bahagianya aku dengan adanya dia dalam hidup aku dan entri sekarang adalah entri tentang kesedihan berakhirnya hubungan itu. Gila sedih doh hidup aku. Cakap ah aku loser, cakap ah.


Cinta tak boleh dipaksa. Tak boleh. Tak boleh. Kalau boleh aku paksa, dia dah lama dah dipaksa. Tapi tak boleh tak boleh tak boleh.


Mengharap la macam mana pun, kalau cinta tu bukan milik engkau, bukan milik kau. Tapi biasalah insan sedegil Ayyman Rahim, tetap setiap hari bangun pagi dengan harapan hati dia akan terbuka untuk aku. Lepas solat aku, pasti ada nama dia dalam doa aku untuk hatinya terbuka untuk aku. Hancur hati hancur hati. Loser.


Salah aku juga terlalu berharap.


Cumanya aku tak dapat menerima alasan bahawa dia berkata perhubungan ini terlalu cepat padahal sudah 3 bulan masing-masing mengenali masing-masing dan kalau dia benar mahukan aku pasti dia mahu aku untuk terus kekal dalam perhubungan itu. Tapi jelasnya, aku tidak di mata dia. Aku menunggu untuk dia menyuruh aku untuk stay, tapi jelasnya tidak.


Dia kata dia tidak bersedia lagi. 3 bulan itu terlalu cepat bagi dia. Dia kata go with the flow. Tapi sampai bila nak go with the flow, berada dalam hubungan tidak pasti? Terumbang-ambing dengan flow yang tak pasti? Aku nak jaminan hidup juga.


Korang rasa 3 bulan tu terlalu cepat ke? Sebab bagi aku, kalau sehari kenal pun tapi hati kau dah pasti dialah Mrs Right or Mr Right untuk engkau, mengapa tidak minggu depannya kau pinang dia, bukan? Dan aku tidak percaya bahawa cinta jarak jauh membawa masalah jikalau hati bersatu. Kesilapan kau dengan hubungan yang lalu jangan dijadikan alasan untuk menolak aku mentah-mentah. Satu hati telah kau lukai dan kalau kau dapat baca pecahan hati aku, kau akan menangis, serius.


Sebenarnya hubungan ini senang jikalau dari awal lagi kau terus bagitahu aku yang "You're not my taste Aiman..", "Aku tak ada perasaan kat kau", "Tolong, hubungan kita ni kawan je, asal kau panggil aku sayang, Aiman bodoh?". Senang cerita kalau terus cakap macamtu, patah seribu macam mana pun aku, asalkan kebenaran aku tahu. Daripada terus berselindung di sebalik kata gula-gula. Janganlah sogok aku dengan kemanisan sementara :(


Sebenarnya dah boleh rasa banyak perubahan dalam hubungan ini sejak sebulan yang lepas, selepas aku pulang dari Kota London. Hmmm, lepas tahun baru haritu, aku yang dah nak balik Kelantan ni nak jumpa dia sekali lagi pun dia takda effort betul-betul nak jumpa, aku je yang terhegeh-hegeh aturkan bila nak jumpa semua, excited nak jumpa semua. Dah siap nak keluar, tapi tukar baju sebab nampak pihak lagi satu macam takda semangat nak keluar. Aku tak nak keluar kalau aku sorang je yang semangat. Wish happy new year aku kat dia pun sampai sekarang masih tak terjawab.. Jelasnya.. Cinta ini membunuhku.


Katakanlah aku bodoh ke apa. Tapi kalau kau ingin kembali kepada aku, pintu hati aku terbuka seluas-luasnya kerana kedalaman rasa aku masih kuat untuk engkau. Kembalilah.


Yang pastinya..


Kisah kita berakhir di Januari.

Jatuh Terlalu Dalam

Entri ini mode nya adalah jiwang melampau, kalau tak boleh tahan jangan teruskan pembacaan entri ini. Awas ya.


Okay. Aku mulakan. Bismillahhirohmanirrohin.


Tak pernah aku sangka yang perkara sebegini boleh berlaku. Tak pernah aku sangka aku akan jatuh cinta dengan pembaca blog aku sendiri. Betul ni. Bukan nak pancing kau untuk terus membaca tapi ini benar apa yang aku rasakan.


Aku mulanya tak percaya pada apa yang aku rasa sebab bagi aku mustahil lah kau boleh jatuh cinta dengan pembaca blog sendiri yang kau tak pernah jumpa sebelum ini dan hanya mengenalinya dengan ayat-ayat di alam maya ini.


Betullah orang kata nothing is impossible dan impossible is nothing. Apa yang aku rasakan pada engkau ini mustahil, tapi tiada apa yang mustahil, mustahil itu tiada.


Apa yang kita rasakan ini benar. Seriously, aku pernah cuba lari dari perasaan ini, tapi semakin jauh aku berlari, semakin dekat ia menghampiri.


Kau awesome, dan aku rasa kau tahu tentang itu, dan kalau kau tak tahu, kau patut tahu tentang ini.


Apa yang aku rasakan ini satu rasa yang ikhlas. Lama dah aku tak rasa keterujaan untuk bangun pagi dengan terus check BBM aku, membaca tweets kau di Twitter sebagai surat khabar pagiku, meng-stalk Facebook kau sebagai makan pagi aku.


Kadang-kadang aku cakap pada diri aku sendiri, "Boleh tahan psycho jugalah aku ni bila dah start sayang orang eh..".


Aku tahu kau baca apa yang aku taip ini dan memang kau baca pun warkah dari hati aku ini.


Dah lama dah aku tak rasa sebegini, terima kasih kerana membunga kan kembali taman hati aku yang dah lama layu.


Bukan berniat untuk jiwang secara melulu sebegini tapi bila kau dah sayang seseorang, apa salahnya untuk kau tunjukkan rasa yang kau rasa ini padahnya.


Jujurnya..


Aku sudah jatuh terlalu dalam pada engkau. Ya, jatuh terlalu dalam.

Soalan Pendek. Tolong Jawab.



Soalan pendek dan perlukan respond dari kamu kamu semua, orang-orang hebat.


Kalau aku gabung kembali puisi aku dengan blog sekarang ini macam mana? Maksudnya.. Puisi aku akan publish di dalam blog Ini Bukan Blog Biasa dan tiada lagi Ini Bukan Puisi Biasa. Apa kata kau? Setuju atau tidak? Kalau ya, kenapa dan kalau tidak, kenapa?


Sebab dengan itu, karya puisi aku akan lebih dibaca daripada di asing-asingkan kerana blog Ini Bukan Blog Biasa ini lebih laku daripada Ini Bukan Puisi Biasa (bukan poyo atau show off tetapi statistik membuktikan). Apa kata kau? Setuju atau tidak. Ataupun, jika puisi diselitkan dalam blog ini akan menjadi menjengkelkan?


Aku perlu pendapat kau dan ini entri yang bagi semua yang masuk ke blog ini harus menjawabnya di kotak komen. Tolong respond. Tak komen tak nak kawan!

Raya Haji Tragis?

Raya Haji aku?


Raya Haji aku adalah raya yang paling simple sekali yang pernah aku raya selama aku hidup 19 tahun ini.  Benar, rasanya biasa-biasa aje dan tiada apa yang terasa nak di-show-off pada para pembaca blog aku yang cantik-cantik handsome-handsome ini.


Oh ya, aku raya di rumah aku sahaja, tidak balik ke kampung kerana komitmen kerja keluarga aku yang memaksa kami untuk tidak pulang ke kampung. Lagipun cuti sehari je kan?




Okay. Raya aku bermula dengan bangun tidur dan bersiap-siap dengan baju melayu semua. Pukul 8 macamtu gerak ke Masjid UPM untuk solat Aidil Adha. Habis solat tu, balik rumah then makan raya. Lepas makan raya pergi tengok tv dan berakhir sudah raya aku.


Masing-masing tukar uniform rumah sudah. Boring gila kan hari raya haji aku? Habis macamtu je raya haji aku. Niceeee.


Oh ya. Di sebelah ni merupakan gambar juadah raya haji yang dibuat oleh chef paling dekat di hatiku iaitu mak aku sendiri. Makanannya ialah masamah dan nasi daging.


Oh ya. Perasan tak ada cawan tepi itu? Cuba baca apa yang tertera dekat cawan itu? Macam sesuai dengan diri aku kan? Tak eh? Okay.


Again, Salam Aidil Adha!