Aku mata duitan, jadi?
Orang kata jadi mata duitan ni bukan satu perkara yang mulia. Aku tak kata, tapi aku tak tau orang mana yang kata, tapi benda tu dah jadi macam benda kita selalu dengar je, bukan?
Kepada para manusia yang anda sering dipanggil mata duitan, berbanggalah dengan diri anda kerana itu merupakan sesuatu yang di zaman ini aku rasakan sesuatu yang baik. Aku tak rasa salah untuk menjadi seorang yang mata duitan kerana tanpa duit boleh ke hidup? Serius aku kata. Sejauh mana tanpa duit boleh membahagiakan hidup?
Dulu aku ada macam poyo-poyo waktu sekolah rendah dulu dengan kawan-kawan saling bertanya, antara kasih sayang dengan wang ringgit, mana satu akan aku pilih. Setipikal seorang yang masih di darjah 4, aku menjawab "Mesti la kasih sayang. Kau ni!".
Masa bergerak pantas, kini aku kian melewati zaman remaja yang indah tak indah ini. Dan aku dapat satu pengajaran bahawa kasih sayang itu akan datang sekali dengan kebahagiaan wang ringgit. Sebenarnya ada pro dan kontra kepada dua-duanya, terlebih wang ringgit dan kekurangan kasih sayang akan melahirkan orang yang kurang kasih sayang. Manakala jika wang itu amat sedikit dan kasih sayang itu terlebih, kasih sayang dalam kemiskinan itu kadang-kadang perit juga untuk diterima, bukan?
Konklusi di sini adalah kebahagiaan dengan wang ringgit adalah indah jika diselang-selikan dengan kasih sayang yang tulus. Kasih sayang dalam kemiskinan juga okay, tapi walau macam mana pun, akhirnya duit juga kita cari, bukan? Cuba satu hari, tak payah bawak duit langsung dan cuba hidup tanpa duit walau sesen pun, ke mana kau akan pergi?
Tepuk dada, tanya selera. Masing-masing asa pendapat tentang ini. Zaman sekarang zaman duit duit duit, ada duit semua jalan. Payah betul.




mmg ade betOl ckp kO,
n mmg betOl,
zaman skang bukan mcm dulu,
skang sume kne duit,
aku ngaku,
aku x bahagia tanpa duit.
Catat Ulasan