Bahasa Melayu ke, Bahasa Inggeris ke, Bahasa Cina ke, Bahasa Tamil ke, kita tetap orang Malaysia kan?

Konon perpaduan dan 1 Malaysia sangat lah tu tajuk.


Bukak surat khabar hari ini dan semua tajuk muka surat hadapannya adalah mengenai Bahasa Inggeris dimansuhkan untuk pelajaran Mathematics and Science dan di ambil oleh bahasa yang digunakan sebelum ini, iaitu Bahasa Melayu. Nak tanya apa aku rasa tentang hal ini?


Tak adil.


Dulu memang aku antara orang yang mengutuk habis-habisan tentang kena belajar Science and Maths dalam Bahasa Inggeris ini tetapi bila orang dah mula selesa dengan apa yang orang belajar, kenapa nak tukar? Tak fair lah untuk sesetengah yang results teruk sebab results science and maths dalam english dan nanti budak-budak yang dapat masa BM tu results lagi okay. Entah, susah aku nak terangkan, tapi bila kita guna Bahasa Melayu, tak dapat aku nafikan lebih senang, kerana itu bahasa pertuturan harian, jadi bagi yang sudah melalui dalam Bahasa Inggeris dan resultsnya teruk kerana dalam bahasa itu, macam mana? Tak fair lah lepasni budak-budak baru dapat belajar dalam Bahasa Melayu.


Dulu aku kurang gemar dalam english adalah kerana, cikgu yang ajar pun english tonggak terbalik, tapi nak ajar dalam english, mana bisa kan? Cikgu cakap english pun pekat bahasa melayu, nak buat macam mana kan?


Tapi english pun sangat penting, nanti bila masuk U nanti, ajaran banyak dalam english, kalau bila dekat U nanti baru nak mahirkan diri susah la. Lagipun, bahasa asal pelajaran itu english kan, banyak term yang akan ditukar. Lagipun, kalau nak lanjutkan pelajaran dekat luar negara, ada ke dia tanya Bahasa Melayu dapat berapa? Ada? Toksah dok bagi contoh klise yang Jepun boleh maju guna bahasa sendiri. Buat apa jadi diorang? Pergi negara orang, ternganga-nganga atau kena bawak juru bahasa. Sendiri fikir lah.


Sekali dah jalan, teruskanlah. Jangan dah jalan tiba-tiba nak patah balik. Orang pandang ke hadapan, kita pandang ke belakang? Banyak lagi nak cakap, tapi tak tahu macam mana nak cakap. Apa ni, kata dengar suara rakyat? Tapi ni buat keputusan sendiri je? Apa cerita?


Aku tak setuju pertukaran kepada bahasa melayu, korang?

11 ulasan:

cik erin berkata...

tak suka jugak.
next year spm.
tiba2 tukar.
memang best sistem pendidikan skrg T_T

xora berkata...

Ironinya, masa mula-mula ditukar ke BI, ramai juge orang tak setuju, tapi bila dah lama2 orang diam aje.. skrang bila dah tukar balik, pun orang akan bising2, tapi percaya la dalam 2-3tahun ni, perkara ni akan senyap sebab memang macam tu orang perangai orang kita.

Kadang-kadang dalam hidup, kita kena pandang juga belakang untuk tgk sapa yang kita dah abaikan dibelakang dan adakah orang yang kita tinggalkan di belakang tu terabai ke, terjatuh ke..

Afiqah Azlee berkata...

i so agree with you.
somehow, susah nak explain knape i actually agree je dgn english skarang ni.
pening ah education system kat msia skarang ni -.-"

Akmar Anuar berkata...

hmm...akmar as a university student mmg sokong sc and math wat dalam english...

;)

Amer Yusof berkata...

nampak sgt kau x setuju dgn PPSMM, tengok cara kau tulis pun menunjukkan BM ko masih lemah.

aku nak bgtau bahawa kesilapan kerajaan menjadikan PPSMI sebagai ubat ketika budak-budak(murid) sakit, bukannya menjadikan PPSMI sebagai supplement kesihatan yang patut dimakan setiap hari. budak sakit, sua ubat belum tentu mereka mahu. kalau dipaksa, memang akan sembuh tapi sakit tu takkan ada antibiotiknya.

aku setuju kalau BI diubah dan dikreatifkan lagi corak pengajarannya, berbanding menutup pintu perkembangan BAHASA IBUNDA kita untuk berkembang dalam dunia sains dan teknologi. BM merupakan bahasa keempat terbesar di dunia, dan kita hanya 15% daripada penutur dan penggeraknya. kenapa kita nak biarkan kerajaan kita menjadikan BM sebagai bahasa kelas dua?

suatu hari nanti, mungkin 50 tahun akan datang baru kita nampak akibat kalau PPSMI terus dijalankan. karangan BM anak cucu kita tentu akan lebih teruk, dan teruk dan mereka tidak lagi berbangga dengan bahasa sendiri.

nenek moyang kita dah buat kesilapan hingga pupus bahasa sanskrit serta baru-baru ni nyawa-nyawa ikan sudah tulisan jawi, rasanya kita patut pandang ke belakang dan belajar sesuatu daripadanya.

p/s: menjawab soalan; Bahasa Melayu adalah nama sebenar bahasa kita. Bahasa Melayu berasal dari kepulauan riau, dan dikembangkan ke seluruh diaspora melayu. Bahasa Malaysia hanya ditukar beberapa tahun yang lepas atas tujuan politik,untuk perpaduan sebagaimana Bahasa Indonesia. Hakikatnya, kita bertutur dalam Bahasa Melayu sebagaimana rakyat selatan Thai bercakap. dan mereka tentu sekali tidak akan kata mereka bertutur dalam Bahasa Malaysia.

:p

naz berkata...

same here:)

Monyet Rabias berkata...

sama x setuju, well for me i dh melangkah terus ke alam kampus. sooo x de la masalah sgt , tapi tu la yang agk dissapointing dh okay dgn english nk bla balik ke bahasa melayu ni ape cer! aku x paham la , dulu yer yer jer terhegeh nak englishkan so kite boleh prepared dgn bahasa antarabangsa , cume kes budak2 luar bandar result teruk , dah nk tukar balik ke melayu! memang bodoh la!

nk selesaikan masalah benda ni senang , yang luar bandar focus on malay , yang dh duduk kat bandar focus on english! so bile yang rasa nk kerja kt luar negara , setengah kuto dari bandar boleh proceed , yang luar bandar boleh belajar di dalam negara pon xpe, xde rugi ker ape , semua nye adil!



1 MALAYSIA La sgt! selalu over confident!

Ayyman Rahim berkata...

Erin, next year tak tukar lagi lah. Tak salah, tukar 2014 kan semua orang?


Xora, kita susah nak terima pembaharuan lah ya? Tapi kan, perasan tak, Malaysia ni, bila orang dah start selesa dengan apa yang ada, mula la bertukar-tukar. Tak best la cenggitu!


Afiqah, kita suka dengan english sekarang ni kan, tapi kita tak tau macam mana nak explain kan? Kesian kita orang Malaysia.


Akmar, kan? Nanti dekat U, baru nak terhegeh-hegeh nak sesuaikan diri dengan bahasa-bahasa kimia semua ni dalam english kan? Haih.


Amer, ya aku mengaku bm aku lemah dan kerana itulah aku menulis dalam bm. Terima kasih atas penerangan panjang itu ya :)


Naz, kita semua sama hendaknya hehe :)


Dee, 1 malaysia ni hanyalah propoganda kerajaan? Ceh, i tipu je.

saya berkata...

soal bahasa itu aku rasa hny satu isu..
isu yg dibuat.. dan mereka2 hny mampu bersuara.. kenapa kita tak terus memperkasakan diri sendiri..
org malaysia ad bahasa malaysia.. kewajipan utk pakar dlm bahasa sendiri.. bahasa inggeris bahasa yg meluas digunakan-juga wajar diambil tahu..
maka, kita kena tahu dua2.. percayalah.. kamu takkan ke mana andai bangga dgn english yg mantap tp bm itu kan lambang jati diri.. dan kamu juga tak akan ke mana andai hny pakar dalam bm shj tp sombong dgn bahasa yg len..

bm-wajib (sbb ko rakyat msia)
bi-keperluan

aku :
skolah-bm
matrik-bi
u-bm n bi (lecturer aku tekankan- u have to know both.. term in english n bm)

n now, aku keje kt australian company.. n sedar bm n bi itu mmg penting..

kesimpulan-sistem itu ad.. pertikaian sentiasa wujud.. yg penting diri sendiri.. mahu terus menerus bercakap atau diam dan sediakan diri..

:)

afif berkata...

buuuuuu.

Tanpa Nama berkata...

asal jepun,amerika,china lebih maju???kerana diaorg guna bahasa ibunda..cube malaysia pakai bahasa melayu aku boleh jamin malaysia setanding dgn diaorg smua...sbb xde org suarakan nak guna BM..yes Malaysia maju hanya maju dgn mata kasar je..tp dihati,pemikiran?renung2kan selamat berfikir..kalau ak jd president mmg ak mansuh kan English dari akar umbi sampai keatasan..Say Zero to English...

Ini Bukan Blog Biasa. All rights reserved. © Maira Gall.