gravatar

Rambut sama-sama hitam, hati siapa tahu?

Dalam semua aspek kehidupan, kita selalu ditekankan dengan kata-kata, "dalam apa sahaja yang dilakukan, jadilah diri sendiri" atau dalam Bahasa Inggerisnya "Be yourself babeh!". Okay, babeh tu aku yang tambah nak nampak rocking docking sikit. HEHE. Tak kira ketika pertama hendak dating dengan girlfriend, apabila hendak bersahabat dan lain-lain, menjadi diri sendiri ni macam, satu keperluan. Mungkin. Bukan la keperluan sangat, tapi buku tips-tips ni asyik dok bagitahu benda ni.


Aku tak kata menjadi diri sendiri ini bukan perkara yang tidak baik, tapi untuk diterima semua orang, kadangnya kita harus menyesuaikan diri dalam kelompok tertentu, bukannya dengan mencuba "test market" dengan berlagak dengan gaya sendiri dan berharap orang akan dapat menerima kau seadanya.


Bukan orang dapat menerima kau seadanya. Take note ya. Misalnya, kau ni cakap banyak, mulut kira tak berhenti-henti pok pek sana pok pek sini, mungkin sesetengah orang yang seperti kau atau selesa dengan orang seperti ini akan dapat menerima kau. Tapi bagi golongan yang lain, kau mungkin akan dianggap sebagai kecoh dan bukan semua orang suka dengan orang cakap banyak ini. Bagi orang yang pendiam, dia merasakan kau ini seorang yang sangat annoying sekali. Haaaa.


Kita tak dapat terus menerus menggunakan ayat klise untuk perkenalan iaitu "you must accept me the way I am" kerana hidup ini bukan berputar pada engkau sahaja, kau harus juga bijak melompatkan diri pada mana kelompak yang kau sedang duduki ketika itu. Benar, orang lain juga harus menerima kelemahan diri kita, tapi bukan semuanya berhati semurni itu, bukan?


Tapi bagi orang yang tak boleh terima kau seadanya ini, janganlah dijadikan kawan karib. Sampai bila kau nak cuab menjadi orang lain kerana tahu dia jengekl dengan sesetengah sifat kau? Cuba berubah? Cuba cuba. Teruslah mencuba.

gravatar

kalau kita berubah semata nak puaskan hati individu tu, tapi hati kita sendiri tak senang, payah.. sebab nanti diakhir, kita pulak berharap perubahan yang sama dari individu tu semata2 "aku penah berubah utk ko apa." Perubahan datang dari hati dan niat. Kita tak dapat puaskan hati semua pihak. Hidup ni singkat sangat untuk puaskan hati semorang. Lagi baik kita menyayangi orang yg betul2 sayangkan kita dan terima kita seadanya dari berusaha untuk mengambil hati orang yang tak ikhlas dan hanya tau menilai kita ikut persepsi mereka.

ok? :)