gravatar

Kita berehat dulu ya?

Aku tahu..


Ramai pengikut-pengikut blog aku dah mula mengangkat kaki dari blog aku yang tak seberapa ini. Apa alasan yang aku boleh fikirkan mengapa follower dah semakin tidak ramai adalah kerana semakin lama aku menulis blog tanpa ada rasa semangat lagi, banyak benda yang membelenggu. Bila banyak masalah yang membelenggu, minat blogging ni dah jadi macam makin menipis. Maafkan aku.


Aku tahu yang spm dah semakin dekat, boleh dikira berapa hari lagi akan tiba dan internet bukan tempat untuk aku di kala ini. Memang aku tidak suka untuk mengakui ini, tetapi spm adalah penentu masa hadapan aku dan aku tak akan membiarkan hidup gagal begitu sahaja kerana perkara ini. Aku benci spm, tapi aku tahu aku kena cintakan spm ini. Payah betul.


Aku juga tahu aku akan berehat daripada berblogging buat sementara waktu dan harapnya sehingga tamat spm aku boleh bertahan daripada blogging ini. Jadi bagi yang rasa follow aku punya blog itu menghabiskan masa sahaja, silalah unfollow blog aku sahaja kerana kalau korang adalah pembaca blog aku, kau perlu tahu spm lebih penting daripada blog ini.


Tapi update di Twitter tetap akan berjalan seperti biasa dan aku akan update kehidupan aku tanpa laptop semua ini. InsyaAllah. Blog ini berehat dahulu, jumpa lagi nanti. Doakan kehebatan aku dalam spm akan terserlah dan keputusannya juga akan bom bom bom bagai mercun yang meletup-meletup. Terima kasih, doakan yang terbaik ya.

gravatar

yup!
akmar akan doakan yang terbaik utk aiman!

all the best for ur spm k??
u and nad can do it punye lah!

jia you! ;)

gravatar

semoga tidak senggugut di dlm dewan. good luck

gravatar

Aww, mana ada semakin ramai yang lesap la aiman. Makin ramai ada lah. Jangan hilang semangat okay.

Anyways goodluck with SPM. =)

gravatar

tumpukan pada spm dlu
lepas tu baru blog
gudluck

gravatar

all the best untuk spm!

gravatar

Terima kasih semua :)