Kisah Cinta Aku

Antara bestfriends saya.


Kita selalu jatuh cinta dekat orang yang takkan jatuh cinta dengan kita,
Kita selalu lari daripada orang yang benar-benar mahukan kita,
Bila kita cari cinta itu memang tiada yang mencuit hati,
Bila kita tak mencari cinta itu ada menunggu kita,
Ironi sekali.


Kadang-kadang aku terfikir. Kenapa aku selalu suka dekat orang yang aku tahu takkan suka dekat aku. Dan kalau dia suka dekat aku pun adalah satu keajaiban, yang bagaikan bulan jatuh ke riba. Aku ni jenis orang yang lack of self esteem, aku rasa aku ni takda apa apa, maka bila suka pada seseorang aku selalu merasakan ketidak layakkan aku untuk memiliki seseorang. Aku selalu suka dekat orang yang lebih daripada apa yang aku termampu tanggung, itulah yang berakhir aku ni syok sendiri. Muahahaha, gelakkan aku jom. Aku tak marah kali ni.


Aku adalah definasi yang paling sesuai untuk disama ertikan dengan hopeless romantic. Aku berpuisi dan memberi kata-kata pada orang tentang cinta bukan main lagi, kalah pakar motivasi, tapi sejujurnya kisah cinta aku tak lah hebat sejiwang mana. Kisah cinta aku biasa sangat. Aku sendiri pun rasa macam loser sorang-sorang yang macam nak sembunyi bawah katil. Sebenarnya, tak perlu kan kalau rasa loser nak sembunyi bawah katil? Memang poyo saya ni.


Seterusnya.. Orang yang suka kat kita betul-betul pula tidak kita sukakan balik. Walau macam mana kita cuba menyukai pun kita tetap takda perasaan tu. Yelah, hati dan perasaan mana boleh dipaksa, bukan? Aku pernah mencuba memberikan perasaan kepada orang yang menyukai aku kerana aku pernah tengok dalam satu movie mengatakan adalah lebih baik mencintai orang yang mencintai kita daripada mencintai orang yang tidak mencintai kita. Tapi, macam mana nak buat kalau kita mencuba-cuba tapi perasaan takda? Kita cuba berkali-kali tapi sejujurnya memang tiada. Kosong. Kesian si mangsa dicuba itu.


Hmmmph. Aku juga selalu rasa dalam apa-apa saja pun aku selalu menjadi "option" atau "back-up plan" seseorang. Tak boleh sedih lagi ke hidup? Hahahaa. Serious weh, macam kalau si A ni ada dua skandal iaitu B dan C (aku), lepastu dia lagi suka B dan bila dia confess dekat B dia suka dekat B tapi B tak suka dia, baru aku yang C ni dicari. Aku selalu jadinya pilihan kedua. Serious doh, aku taip ni pun aku rasa kesian dekat diri aku. Hahaha.


Ya, saya mamat tepi jalan yang loser yang tak dipandang. Kesian. Tapi saya takkan "kthxbye" okay? Saya cool sikit. Hahahaha.

3 ulasan:

Nuraini S berkata...

Haha, tetiba terasa loser sama =="

Miss Ff berkata...

"Kita selalu jatuh cinta dekat orang yang takkan jatuh cinta dengan kita"

sangat suka entri ni, it's REAL!

eimadannovel.blogspot.com berkata...

menarik :D

Ini Bukan Blog Biasa. All rights reserved. © Maira Gall.