Kau pernah tak terfikir kalau kau bukan diri kau sendiri, akankah kau jatuh cinta pada diri kau yang sekarang ni? Akankah kau suka akan diri kau sendiri? Atau kau akan membenci diri kau yang kau kenali itu? Ataupun kau menyesal mengenali diri kau sendiri?
Aku bukan nak mendabik dada ataupun membangga diri. Tapi, aku rasa kalau aku bukan diri aku sendiri, aku akan jatuh cinta kepada diri aku sendiri. Aku rasa aku ni....... Hahahaha kalau cerita kang, macam angkat bakul sendiri, perasan sangat pulak, jadi biarlah aku sendiri yang tahu.
Tapi kenapa aku single? Hahahaha. Itulah persoalannya. Mungkin.. Jodoh tak sampai lagi. Ataupun aku ni tak reti reti nak move on? Ataupun apa yang aku rasa tentang diri aku sendiri itu tak dirasai oleh orang lain? Ataupun aku ni memilih sangat? Ataupun pintu hati ni tak terbuka-buka lagi untuk menerima orang lain? Ataupun.. Ataupun.. Aku ni bodoh kerana terus berada di takuk menunggu? Muhasabah diri sendiri kena banyak.
Aku bukannya terdesak rushing ke apa untuk bercinta. Serius. Tapi tak dinafikan, bila tengok orang lain bahagia semua, ada je rasa nak macamtu. Tapi aku fikir.. Takpala, belum sampai waktu aku. Siapa tak nak rasa dimiliki dan memiliki? Hantu je yang tak nak rasa macamtu. Hmm. Ayat sedapkan hati.. "Aku sekarang bercinta dengan buku je, sebab nak final dah kan?" Ayat poyo. Hahahaha.
Baiklah.
Kalau aku jadi orang lain, aku akan jatuh cinta pada diri aku sendiri.
Akankah kau jatuh cinta pada diri kau sendiri jika kau bukan engkau?
Mengapa?
Mari berkongsi.
slouch
2 beberapa jam yang lalu



1 comments:
saya wish saya ada cikgu art macam saya!
Hahahha.. serious!
Catat Ulasan